Friday, June 6, 2014

Adieu lutz Mahfuz.

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah...selamat ia datang mengubah pendirian n kepentingan dalam hari2 aku yg dirasa penuh dengan ketakutan...

hahh memang manusia penakut (aku nie), tp tak disangka pulak satu bab ke satu bab still lagi bernyawa, waras n tetap lagi akidah...

macam2 benda dasyat n cara pengaturannya. Yea lah, nk beralih alam namanya...
dulu sorang jd dua, dah dua lahir pulak yg ketiga..pendek kata tiada pertolongan lain yang boleh hilangkan ketakutan ni kerana (pesan org tua) "jangan mintak tolong orang dulu, mintak tolong DIA yg maha memberi, sbb pertolongan Nya lah yang melalui manusia". 

apapun tiada kata yg boleh menggambarkan perjalanan ni. Harap selamat n sejahteralah dunia akhirat. 

Ia memang menguji n mengimbas kembali dan berdepanlah dengan ketakutan yg sememangnya kita tidak mengetahui akan selok belok "kemungkinan" hidup nie. 

waspada, jika terdengar "kecewa, jatuh ditimpa tangga" itu ungkapan biasa. Tp alhamdulillah kita tahu kita manusia dan hamba yang akan pulang padaNya.

... sekian ...

Saturday, August 24, 2013

Listen damn it..

origin



bismillahirahmanirahim..........

12345678910

apa lagi yang tinggal?

sejuknya mata n hati jika ada yang melihat dengan panca indera,
bina diri, bina diri, BINA?
apa lah sangat nak pening memikirkan perjalanan yang sememangnya dipelihara.
jangan lalai pesannya dan hidup ini jangan judikannya.

Apalah hak nk rasa seksa sebab benda dah memang takdir n permainan ini..

Aku rindu pada dia yang selalu menjadi penawar hidup ini.....
semoga di cucuri rahmat....dunia akhirat..

hopefully the last word i heard, its truth and i will remember till i haven't time anymore..

see you again,

now i, savvy.



Wednesday, November 28, 2012

Rasa ada sesuatu nak kata...


bismilahirahmanirrahim....

alif ba ta, 1 2 3 dan A B C

Setiap hari selama kira kira 8760 hari atau 210240 jam sampai sekarang, hidup aku lamanya di dunia tuhan ini.....

Fuhh..apa yang dah ada dan dah dapat??

Banyak...tapi sikit pun ianya mengurangkan yang Maha Memberi n Maha Pemurah..

Kata huruf, nombor dan abjad lah yang dipelajari tuk menjadikan diri ini manusia yang ada peluang baik di masa depan, kan?

Apapun semuanya ada goal yang nak dicapai, paksa lah diri dan kemahuan supaya ke situ. Harapnya semua selamat selamanya dan tiada lagi perkara yang mengusik kebodohan setelah ujian sepanjang liku hidup ini.

Kemana pergi pun, tetap dengan yang telah dimiliki kerana ianya tanggungjawab dan anugerah yang tak semua dapat pada jalan yang sama.

Memang susah nak faham kerana ia memang datang, masuk, dan hilang bukan kuasa manusia....

So, apa yang tinggal cuma usaha dan doa...semoga bahagia semuanya, bila diberi sedikit, maknanya ada yang lebih dari sedikit...solat sabar bebanyak(kalo bole), n alhamdulillah ia cukup mengajar erti sebenar benar cara, tutur dan aksi yang ada...sentiasa ada, sedar dan bersyukur...itu pun tak mudah jika tak mahu..


dear my wife, this journey is better than damn thing was happen b4..be with me all the way, perhaps is it possible to our journey go through
every bit the single word that we must keep..that is why its written by the almighty..
so excited when you with me..

cuz is, somebody like me...i'd die for you. 

Adieu.

Wednesday, October 17, 2012

apakah?

"apakah'?

seperti mencari..seperti sedar..seperti tertinggal...

huhhhh...alhamdulillah..dalam pencarian ada penemuan, sedar pun jugak bahawa ia bukannya stereotype, tertinggal kisah yang kisah lainnya lebih mengisahkan.

ahhh..untuk apa..?
dalam "analysis sentence", hati hati sebabnya dalam itu ada emosi yang hanya kita dan Dia tahu, memang lah ianya pun dariNya kan just through the self ni kan....

carilah, rancanglah kehidupan ini sebaiknya dan buat lah dengan 4 pengisian sentiasa. apapun dorongan dari si dia sememangnya unik sebab ia milik aku 100%.

fuhhh baru tahu langit tinggi rendah, "apakah?" memang aku berterima kasih sangat jika segala kekurangan tidak lagi menjadi pandangan kerana ia tetap disitu.

sebenarnya, apakah yang kurang...bina, teguhkan ia, alhamdulillah memang cukup dan sentiasa ada bagi kami. hopefully ada dari aku baginya sentiasa...dariNya.

 

Sunday, September 23, 2012

Dulu dan sekarang dan biarlah abadi....

Bismillahirahmanirrahim....

Harapan dan pengorbanan yang amat tinggi untuk ini, apapun janji2 yang telah mengukirkan masa depan dan kehendak yang merelakan kami bukan ringan, menaip bagaikan mempunyai sesuatu untuk dikongsi dan pengalaman ini hanya sekali seumur hidup.

Solat sabar banyak2 kan jika ada(pada detik itu)? tapi belum pernah didengar lagi kan? Apapun semua perancangan dengan dugaan darinya yang betul berlainan kerana ini, bukan lagi main main atau sekadar ingin lepas.

Ya Rabbi, ia amat indah dan ia betul berlainan dan ia tidak ada cara dan kata lain melainkan doa2 dan pertolongan semata darinya yang Maha Mengetahui. Ini pastinya terpahat dalam arkib ingatan ini dan pengajaran ini akan sentiasa mengajar.....ia tanpa buku tanpa tulisan tapi pembacaannya sepanjang jalan hidup ini.....

Alhamdulillah, izinkan ku melakukannya dengan sebetulnya dengan keredhaan Mu yang Maha Esa....

Saturday, July 21, 2012

Dalam doa dan harapan....

Sebagaimana pertemuan, awal dan pengakhiran....

Segalanya datang dan kembali kepadanya dengan harapan kearah kebenaranNya dan jalan yang lurus...
Kemampuan memang sentiasa kurang dan tidak dapat memenuhi semua mata manusia..Akan itu akan lahirnya usaha untuk menambahbaik akan segala yang kurang...but most important thing is point of view The Creator.

Jika mahukan kemegahan, apakah ianya menunjukkan rasa riak dan melupakan sifat kita manusia yang lemah . Tetapi apabila kita mampu untuk bermegah, adakah kita mengingati itu adalah kurniaannya dan syukur di atas setiap rahmatnya itu dengan penerimaan hati yang terbuka dan rendah menyembahnya..?

This life is own by The Lord, but the self really have to through the right way...enough of bullshit thing that make craps toward ruin the intention to make the heart happiness...

but "if something isn't difficult, how it want to be owned...?"

=) let think and be grateful padaNya yang most generous.

Wednesday, July 11, 2012

Setakat mana...

salam.....

susahnya nak tidur...rindu rasanya pada rasa, hati dan hidup yang diingini..
apapun, perbualan bersama si polan polan tadi membuatkan hati nie memikirkan secara kritikal soal pendirian dan kematangan..

haishh..bukan mudah kan nak lalui setiap plan yang telah di atur untuk masa depan dan bila lihat ke belakang, ianya adakah sama seperti yang dimahukan masa dahulu kala lagi...eerrrrr rahsia...

bila difikirkan, "tengok keadaan" adalah term yang kurang bijak sebab kita diberiNYA kesempurnaan dan kemampuan untuk mengolah segala situasi dan kawal diri sendiri apatah lagi hati, ia di dalam dan mendominasi kelakuan serta kesannya pada yang terikat dan percaya akan kejujurannya...

pengulangan semestinya tidak akan lagi, tetapi rasa takut dan dilema atas titip titip itu bukan boleh di elak, hati dan pendirian adalah sandaran pada kematangan dalam melaluinya, ia bukan sekadar hilai ketawa dan air mata, "tengok keadaan" adalah sekadar berpura pura dan tiada usaha seperti kataNYA nasib kita, Dia tidak mengubahnya melainkan kita berusaha....

macam senang, tapi bagaimana nak ubah dan berusaha? serahkanlah padanya semua walaupun sedetik, tetapi as long as we can, give effort and die for it..but put the consideration where it's belong...don't ever take advantage, hopefully i'll do the right things..insyaallah...

zzzzzzzzzzzzzz...............

Monday, July 9, 2012

Rakamkan Pengalaman...

salam....

penerokaan dalam hidup tidak seharusnya terhenti apabila hati patah!

Alhamdulillah, perkara yang ditakuti terpaksa ditempuhi bagi membina diri dan ketahanan demi mendapat kasih sayang Mu ya Rabbi...

Dengan tulang empat kerat dan rezeki yang sekadar mencukupi mengajarkan erti susah dan kebahagiaan yang dikecapi selama ini...apapun kita masih lagi bernafas, waras dan lebih mengasihi apa yang di miliki walaupun ia sekadar cuma...

Apapun usaha dan titik peluh adalah manis jika dihargai mrnandakan syukur pada rahmatnya yang sememangnya banyak dan hikmahnya di sebalik liku liku kelemahan yang terpaksa dijalani...

"mulakan hidup baru" seperti klise jea ayat nie...tapi dengan hidup lama lah kita menempa dan memperbaiki yang baru...jangan lupakan ia sebab pengajaran yang paling baik adalah pengalaman pahit...

ahhh....membebel pulak, apapun today is my big day...hopefully there is a space 4 me to create something extraordinary with my small talent and nobody except my Lord can give me abilities....and

to someone always pray for me, thank you R N Y n umi aboh...ily..i'll go home ASAP...! (' ',)

Sunday, June 17, 2012

sudah terbiar?

apa lagi nak menunjukkan baik dan sedar akan kesilapan..? memang ada jalan bertemu dan kenal akan setiap titik titik yang buta dalam pertemuan. Biarkan ia begitu kerana di bawah sedar ada banyak lagi yang perlu disedari dan diratapi.

astaghfirullahhal azim.....

senyum lah jika ada pada yang sanggup membalas atau melihatnya, sekiranya ada yang sakit, cubalah untuk memahami o faham situasinya. Nak rasa? jangan risau cuz ia memang lah menjadi keperluan semua untuk dewasa dengan akalnya.

selamatnya kan jika berbicara dan berselindung dengan kata kata bijak, pura-pura? memang kebolehan manusia yang berakal, muslihat untuk menyelamatkan dan fitnah untuk menyedarkan..?

hidup ni ibarat seekor tupai melompat, laju, tinggi, tapi ketanah pun juga kerana lalai..

ia tak senang dengan titik peluh dan semangat yang d patahkan, alhamdulillah ajarkan ku betapa kecilnya hamba yang tidak memiliki apa apa nie...alhamdulillah.......


"oh i'm not him. not the writer of this blog, of this entry, which I never understand what the heck he was saying up there.

know what? I understood one thing, though. He made a mistake once, well a lot of it, like everybody did, does and still doing. But he's strong enough to wake up from his bad dreams and move on. MOVE ON. It's not easy. But he did it. Congratulations. :)

It's a loss for everyone out there who never take time to know the real him. He suffered a lot already. I wish I can be the reason he's laughing again.

-anonymous girl.

:)"

Friday, June 15, 2012

Biarkan berlalu....

Lamanya tak update....

tak tahu nak mula macam mana cuz memang segalanya bukan kita tetapkan, ia hanya ada sekeping yang berlapis dengan pelbagai rasa. Suka duka keriangan dan kepuraan sememangnya bagi menguatkan lagi ketahanan.

setiap masa dan hari berlalu dengan semakin memberikan pelajaran jika kita memerhati, ahh memang berat bahu yang memikul..Harap ada yang faham dengan situasi, datang dan pergi sememangnya lumrah kerana dunia manusia adalah segalanya mungkin kerana yang tetap adalah yang Maha Esa.

bermula dengan kepayahan dan serba yang kurang, menggagahkan harapan yang sudah tiada. Tapi pengalaman dan cara berfikir yang terubah memberikan jalan yang lebih mudah dan pertimbangan yang sudah berat sangat pada yang dianggap pengubah.

Hati ini, hanya Dia yang berkuasa untuk membolak balikkan rasa, sabar dan bersyukur cuba dikenali dan dugaannya sememangnya hikmah jika sedar. Jika penulisan yang menggembirakan menjadi cara, so tulis lah sebanyak perkataan pun. Semua mempunyai kelebihan tetapi kekurangan, tak semua akan terima dan menutup mata demi kebaikan dalamnya.

Tiada kata yang lurus lagi kerana kepayahan dan sakit yang menjadi guru. Jika rasa makna ia ada jika tidak, jangan menilai pada ruang yang kabur kerana hidup ini sudah banyak, amat banyak perlukan perhitungan dan keadilan.

Terima kasih segala kebaikan, segala kekurangan jadikan sempadan dan carikan panduan yang membuka pandangan, tak kira dimana dan sesiapa kerana ia tidak akan begitu jika tiada keizinan. Alhamdulillah, pelajaran semester ini amat lah benar.

Jika abstractnya tulisan ini, begitulah abstractnya hati yang lara.......semoga selamat kembali padanya.

Tuesday, February 28, 2012

Process and progress....

Something what we called it realistic is more happens and in a daily life, it such as a routin.....
The routin is set by behaviour not by the plan or something we figure up then do it...
Animals also have their daily business like we are human. But sometimes if we exaggerate all these thing the total of that is more dynamic by the process and the progress that aimed are archive....

What i like about exaggerate is the simple manner can we use to know our abilities created by the Lord.
So the way to get closer to self and the creator is concern and care about our abilities. And also the engine or "computer" serve in our head can operate mostly around 60 70 years...
Is that the amazing things we have..?

So if we have that completely running, why not to use that to do the great kind things...stop hurting anybody and accept all the wrong thing we done and make it better....If we are not so smart, accept it's true and the right things we must read and do it to get smart....that is process and progress till dead...any creation in this world must through the life..If we get trouble we've solution....fuhhhh Thankful my lord...

Alhamdulillah..... =)

http://quran-tafsir.org/

Saturday, February 25, 2012

LD

Setelah sekian lama......

Idea untuk menulis untuk berkongsi kadang2 menimbulkan banyak lagi pertanyaan tentang sesuatu yang baru kan...

ok here we go....LD.

merupakan tanggungjawab yang besar bagi team yang mendokong tanggugjawab ini...pengiraan analisis dari sudut mesej, content dan juga konsep perlu diaplikasikan dengan penuh kreatif dalam bentuk cahaya dan pancaran. Bermula dengan zero orang kata, kami mengambil tugas ini untuk mencipta mood dan suasana stage seperti mengangkat konsep melaui cahaya dan warna.
Pengatahuan dan pengiraan tentang instrument, elektrik dan sebagainya perlu dijadikan asas kerana setiap plan yang dibuat harus tepat seperti yang dimahukan. Now, ianya still dalam proses permulaan yang memang akan direalisasikan untuk persembahan yang akan diadakan. Keterujaan untuk saya mempelari sesuatu yang bermanafaat memey tidak akan dilepaskan......ape2 masalah dan solution memang menjadi perkara biasa dalam tugas seperti ini.

mungkin kalian hairan.....tp ianya berkaitan dengan lampu, pancaran, konsep dan pentas.....

Sunday, June 5, 2011

child n shoping complex....

hi lama xupdate blog nie...lama xjmpa internet haa...

  probably coz of cuti sem sy sibuk bekerja, mulanya saya berada di shoping mall dan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak berusia lingkungan 3 - 5 tahun yang kepenatan mengekori kehendak ibu bapa dalam membeli keperluan harian mereka.
   
kanak-kanak juga boleh menampakkan kehendak dan keinginan mereka terhadap sesuatu barang permainan mahupun pakaian dan makanan melalui tindak balas mereka dan cara mereka meronta...ops memohon di belikan barang keinginan mereka...hehe

amat menarik apabila melihat perwatakan dalam diri kanak2 yang memakukan diri mereka dengan memandang barang yg dikehendaki serta nmpk perasaan kecewa apabila tgn mereka ditarik untuk meninggalkan tempat itu....saya merasakan mereka mendapat pelajaran penting untuk hidup mereka supaya mengenal erti sabar dan menahan kemahuan diri....

itulah kanak-kanak yang dapat saya perhatikan dalam proses pembesaran yang sempurna, ianya harus diterap dengan nilai2 yang positif untuk melengkapkan akhlak, moral menjadi manusia yang dapat mengharungi kenyataan hidup mereka....

namun dapat dilihat juga mereka menaruh harapan dalam pandangan terakhir terhadap kemahuan mereka untuk mendapatkannya...ini memberikan satu petunjuk bahawa mereka tetap akan berusaha meminta supaya ianya dapat dinikmati o dirasai suatu hari kelak...dan apabila perasaan ini selalu wujud dalam diri mereka, maka tidak hairan akan lahir seorang insan yang kuat berusaha demi cita dan keinginan mereka...

namun terapan yang amat teliti perlu bagi ibu bapa mereka bagi mengajar anak-anak untuk menilai secara keseluruhan kebaikan yang diperolehi daripada kemahuan atau keputusan yang dibuat...supaya setiap usaha yang dilakukan, mengikut ketelusan hati,diri,keperluan dan bukannya nafsu supaya ianya tidak menjadi usaha yang membina niat yang tidak baik...

mmmm...saya rsa nk smbg, tp sibuk laa...
nnt ade msa ag, kite citer k...hehehe =)

Tuesday, April 12, 2011

Kanak kanak Cerebral Palcy dan Perkembangan Kanak kanak


Cerebral Palcy adalah kelumpuhan otak yang menyebabkan kecacatan atau kelemahan pengendalian otot, kelakuan, kelumpuhan dan gangguan fungsi saraf yang lainnya. Penyakit ini tidak bersifat progresif atau semakin memburuk. Mengikut statistik, Cerebral Palcy ini boleh berlaku dalam lingkungan 1,2 dalam 1000 bayi yang dilahirkan oleh Dr Dwi P Widodo SpA(K), MMed, Bahagian Neurologi, Jabatan Kesihatan Anak, FKUI-RSCM.

Cerebral Palcy merupakan gangguan kawalan fungsi otak kepada bahagian badan yang kerap berlaku pada otak yang sedang berkembang semenjak dari dalam kandungan 75%, proses kelahiran 15% dan selapas kelahiran 5%. Ianya kerana bayi yang lahir pada usia tidak matang, otak mereka belum berkembang dengan sempurna untuk mengawal fungsi keseluruhan anggota.

Terdapat 4 jenis Cerebral Palcy iaitu Spastic, Athetoid, Hypotomic dan kombinasi. Spastic akan menyebabkan pesakit kaku dan lemah, Athetoid adalah kegagalan untuk mengawal anggota seperti biasa dan menybabkan pergerakan dan kedudukan tubuh yang aneh. Hypotomic pula berupa bahagian hujung anggota akan terkulai kerana sangat lemah dan kombinasi pula terdiri dari spastic dan athetoid.

Kanak-kanak istimewa terbahagi kepada 8 kategori iaitu fizikal, pengelihatan, pendengaran, pertuturan, kerencatan akal dan pintar cerdas. Masalah cerdas adalah ketidakupayaan fizikal, gerak geri yang terbatas dan ianya berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan saraf yang rosak. Kanak-kanak ini terpaksa menggunakan alat bantuan khusus untuk menyokong mereka bergerak, bermain dan melekukan aktiviti.

Seterusnya kita melihat perkembangan Kognitif kanak-kanak yang berusia 3-7 tahun. Menurut Feldman perkembangan Kognitif adalah proses pemehaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman. Manakala Asmawati Desa menyatakan ianya tentang peningkatan intelek dari segi kualiti yang berlaku semasa perkembangan. Teori ini dikemukakan oleh Jean Piaget, seorang pakar Biologi dan Phsykologi kanak kanak yang juga di katakan oleh Dasen dan Heron bahawa ianya bukan teori psykologikal tetapi pandangan epistemology iaitu “Philosophy of Knowledge”.

Piaget menjelaskan bahawa kanak-kanak 2-7 tahun berada ditahap praoperasi iaitu perkembangan kognitif menjadi lebih sempurna dengan 3 kebolehan asas seperti kebolehan mental, tingkah laku yang ketara seterti mengira. Perkembangan melalui perkara rutin mereka, rangkaian tingkah laku dan dikembangkan menjadi lebih stabil seterusnya mereka akan memahami perkara umum, tingkahlakunya berdasarkan pemikiran tentang objek berdasarkan pengalaman, ingatan, imaginasi dan bayangan. Ingatan adalah proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan memori. Bayangan pula proses yang menyebabkan rasa static, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpul pada bahagian mental. Asmah Bee.

Piaget mengasingkan kepada 2 sub untuk praoperasi yang mana 2-4 tahun tahap prakonsep dan 3-7 praoperasi. Pada tahap prakonseptual, kanak-kanak belum dapat membezakan 2 dimensi atau lebih dalam masa yang sama kerana tidak dapat menyusun penerangan yang terperinci dalam minda mereka. Kecerdasan mereka kaku, tegang, tidak mampu untuk membuat kesimpulan dan mengaitkan sebuah peristiwa dengan peristiwa yang lain(sebab dan akibat).

Tahap paling penting adalah penggunaan bahasa, mereka menggunakan symbol dalam permainan seperti buku yang boleh ditolak dan dianggap sebagai kereta. Pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik ini dimana perspektif dunia hanya dipandang melalui sudut mereka sahaja. Asmawati Desa. Ini mungkin kerana mereka masih tidak mampu membezakan keperluan dan perkara yang merupakan matlamat belum lagi tiba. Mereka juga tidak tahu membezakan kuantiti bang dalam susunan apabila diubah.
Kanak-kanak harus didekati dengan cara yang betul supaya perkembangan mereka optimum dalam pelbagai keperluan apabila menempuh kehidupan. Dalam usia kanak kanak adalah  pembentukan cara mentaliti berfungsi dibentuk untuk perbuatan dan pemikiran supaya kesannya dapat meningkatkan daya seseorang.


RUJUKAN:

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh
                                                    Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wednesday, March 9, 2011

tengkorak..? heeeee

othello...ii

huhh pagi nie susah la nk tido...

  saya ingat nak taip dan kongsi dengan pembaca perkembangan latihan othello kami, saya mengambil watak pencerita seperti yang dikatakan dan setelah di explore dengan bantuan rakan2 dan pensyarah, akhirnya saya mendapat asas pergerakan yang menyerupai wayang kulit. Yang lainnya adalah saiz objek yang saya kawal adalah sama dengan saya. 
   
  objek dan topeng saya pula akan menyerupai tengkorak manusia, ini adalah kerana watak saya adalah rekaan kami sendiri bagi membantu menjelaskan makna yang terdapat dalam naskah othello kepada audien. dengan berupa tengkorak, ianya memberikan simbol bahawa dalam cerita ini watak yang utama seperti othello dan descemona mengakhiri cerita dengan konflik dan kematian mereka.
   
   pentas yang digunakan adalah proscenium dan pada nya kami menanda garisan supaya pergerakan kami yang berbentuk ideografi boleh diukur dengan tepat menggunakan teknologi GIS. ini adalah usaha para pensyarah bagi memperkenalkan teknologi terbaru dalam persembahan termasuk 3D dan lain-lain.
huhh.......
da ngantuk la pulak..ok next time saya akan berkongsi lagi proses yang kami jalani....insyaallah..

Friday, February 18, 2011

Othello....shakespears..

hi....
 saya nak update blog saya hari nie berdasarkan tugas yang diberi untuk melengkapkan persembahan Othello karya Wiliam Shakespears sebagai korus dan narator bagi lima bahagian acting cerita tersebut...

huhh....amatlah sukar pada mulanya bagi kami semua memikirkan konsep dan pergerakan yang sesuai kerana bahasa Inggeris yang puitis digunakan pasti menyukarkan audien untuk memahami cerita tersebut...namun dengan menggunakan pergerakan berbentuk Ideografi, ianya memudahkan kami sebagai korus untuk menggambarkan situasi dan mood yang dimaksudkan oleh pengarang....Seterusnya dengan menggunakan topeng bagi menarik minat kanak-kanak untuk menontonnya memberikan suasana yang ceria dibahagian korus disamping membantu audien memahami cerita yang disampaikan oleh pelakon.....

  Setakat nie kami masih lagi mencari mekanisme yang terbaik bagi kami yang melakukan persembahan supaya tujuan sebenar pengarang dengan bahasa yang "high level" nya dapat diterjemahkan dengan baik....itulah cabaran dan saya akan menulis lagi penemuan dan masalah yang timbul nanti....insyaallah..

Thursday, February 17, 2011

Kanak-Kanak & Permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai
apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang
dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Fungsi permainan
i. Perkembangan kognitif
-Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
ii. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
-Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

iii. Perkembangan komunikasi

Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang

lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

iv. Mengawal perkembangan emosi
-Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkanperasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu seperti berikut;
i. Sumber pengetahuanBanyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.
ii. Cara mengembangkan daya kreativiti. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjad lebih kreatif.
iii. perkembangan sosial Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
iv. Membentuk moral Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.
v. Perkembangan sahsiah Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.
vi. Memahami peranan jantina Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

*Tidak semua kanak-kanak dapat bermain semua jenis permainan. Ini bergantung kepada beberapa faktor;
-Kesihatan
-Perkembangan motor
-Status sosioekonomi
- Alat permainan
- Jumlah masa lapang
- Persekitaran
- Jantina

Peringkat-peringkat permainan Pada amnya, kategori bagi kanak-kanak bermain dibahagikan kepada tiga kategori;
Ø Bermain sendiri
· Bayi hingga 2 tahun
- Ketika ini kanak-kanak banyak menghabiskan masa sendirian. Mereka akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak, menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan berbagai cara.

Ø Bermain selari
· 2 hingga 3 tahun
- kanak-kanak mula bermain dekat dengan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain alat permainan yang sama. Mereka kelihatan lebih gembira bermain di sekeliling kanak-kanak lain.

Ø Bermain bersama
· 3 tahun keatas
- kanak-kanak mula mencari pasangan untuk bermain. Pada peringkat ini mereka mula mengalami proses sosialisai iaitu dengan cara bermain bersama-sama rakan sebaya. Bermain bersama amat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak. Pada peringkat inilah mereka mula belajr bertolak ansur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jenis-jenis permainan:

i. permainan aktif
· melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan lain-lain.
ii. Permainan pasif
· Membaca, melihat komik, menonton tv dan mendengar radio.
iii. Permainan olok-olok
· Permainan sosial yang paling popular dikalangan kanak-kanak. Permainan inin melibatkan aksi dan pertuturan menggunakan alat permainan yang sesuai seolah-olah mereka berada dalam kehidupan sebenar. Permainan ini dianggap sebagai pembentuk daya kreativiti kanak-kanak. Pada peringkat permulaan kanak-kanak bermain sendirian (solitary), kemudian mula bermain dengan kanak-kanak sebayanya. Perkembangan daripada solitary kepada peringkat sosial adalah satu cara baik untuk menguji perkembangan daya cipta kanak-kanak.
iv. Permainan perkataan
· Kebanyakan kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas suka berbual dengan orang lain. Mereka gemar bertanya apa sahaja yang mereka minat.

Kesan sampingan permainan terhadap kanak-kanak :
Ø Masa bermain yang berlebihan
Ø Ketidakseimbangan antara permainan aktif dan permainan pasif.

Biarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain bersam-sama......

Hi.....kali nie saya ingin menulis tentang permainan dalam proses pembesaran kanak-kanak....


     Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling awal dalam proses perkembangan kehidupan setiap manusia. Semasa berada di alam kanak-kanak, banyak perkara dilakukan secara berperingkat melalui perkembangan minda dan fizikal mengikut umur. Bermula dari peniruan berdasarkan pemerhatian yang merupakan kemahiran pertama yang diperoleh mereka. Mereka akan meniru setiap pelakuan orang dewasa yang rapat seperti ibu bapa dan abang kakak sendiri seterusnya melakukan perkara itu dengan cara mereka mengikut tahap perkembangan dan kebolehan.

     Setelah berkembang, kanak-kanak mula menunjukkan perbezaan sifat mengikut gender diantara umur 4 - 5 tahun. Ini dimana penemuan oleh Josephine M.Shireen Desouza dan Charline M.Czerniak dalam Jurnal mereka yang bertajuk Journal of research Childhood education yang menerangkan anak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perilaku yang Stereotaip iaitu lelaki cenderung menunjuk sifat keingintahuan, spontan dan berpengetahuan luas tentang alam (Vetebrata, Invertebrata dan Tanaman). Anak lelaki juga gemar untuk lebih agresif, kompetitif dan sedikit keganasan mahupun pertembungan. Kanak-kanak perempuan pula cenderung menunjukkan wajah yang tunduk, takut antropod namun mengambil berat tentang haiwan dan banyak masa lapang diluangkan untuk berada dikalangan kawan sebaya. Dari segi permainan pula kanak lelaki berminat pada sesuatu yang berstruktur, yang berfungsi dan pembinaan(percantuman) sperti lego, blok, kereta dan lainnya serta warna yang dominan seperti merah, biru, hitam. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar bermain dengan imaginasi, perasaan dan naluri yang tajam untuk menunjukkan sifat mereka yang sensitif contohnya seperti teka teki, buku dan rumah tangga dan warna mereka pilih adalah lembut seperti merah jambu, kuning, biru muda dan lainnya. 

    
     Mengikut skop zaman sekarang, kanak-kanak ini terpisah mengikut perkembangan teknologi. Mengikut pengalaman saya, bermain permainan video dan pendedahan internet pada usia awal lagi membantutkan proses perkembangan sosial kanak-kanak. Anak-anak akan mula diperkecilkan skop ruang kehidupan hanya dengan paparan skrin tanpa menikmati suasana pergaulan lagi. Apabila mencapai umur persekolahan ianya bagaikan mimpi ngeri dan amat janggal bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan pergaulan dan rakan yang ramai menyababkan mereka bersifat pasif. Masalah bagi kanak-kanak lelaki jenis ini amnya permainan video mereka agresif dan apabila terpengaruh, mereka mula menyakiti kawan-kawan yang lain kerana tidak tahu membezakan antara realiti dan alam permainan video mereka.


     Kanak-kanak perlu diasuh membesar dengan cara yang betul supaya sahsiah dan pergaulan mereka dapat membantu masa depan kanak-kanak itu. Percampuran dalam permainan antara anak-anak lelaki dan perempuan adalah digalakkan tetapi dengan pengawasan oleh ibu bapa sendiri bagi mewujudkan sifat mengenali antara satu dan yang lain untuk mereka membezakan kelebihan, kelemahan, dan menghormati sesama mereka untuk melengkapkan peribadi yang terbaik dalam proses pembesaran ini......