Tuesday, April 12, 2011

Kanak kanak Cerebral Palcy dan Perkembangan Kanak kanak


Cerebral Palcy adalah kelumpuhan otak yang menyebabkan kecacatan atau kelemahan pengendalian otot, kelakuan, kelumpuhan dan gangguan fungsi saraf yang lainnya. Penyakit ini tidak bersifat progresif atau semakin memburuk. Mengikut statistik, Cerebral Palcy ini boleh berlaku dalam lingkungan 1,2 dalam 1000 bayi yang dilahirkan oleh Dr Dwi P Widodo SpA(K), MMed, Bahagian Neurologi, Jabatan Kesihatan Anak, FKUI-RSCM.

Cerebral Palcy merupakan gangguan kawalan fungsi otak kepada bahagian badan yang kerap berlaku pada otak yang sedang berkembang semenjak dari dalam kandungan 75%, proses kelahiran 15% dan selapas kelahiran 5%. Ianya kerana bayi yang lahir pada usia tidak matang, otak mereka belum berkembang dengan sempurna untuk mengawal fungsi keseluruhan anggota.

Terdapat 4 jenis Cerebral Palcy iaitu Spastic, Athetoid, Hypotomic dan kombinasi. Spastic akan menyebabkan pesakit kaku dan lemah, Athetoid adalah kegagalan untuk mengawal anggota seperti biasa dan menybabkan pergerakan dan kedudukan tubuh yang aneh. Hypotomic pula berupa bahagian hujung anggota akan terkulai kerana sangat lemah dan kombinasi pula terdiri dari spastic dan athetoid.

Kanak-kanak istimewa terbahagi kepada 8 kategori iaitu fizikal, pengelihatan, pendengaran, pertuturan, kerencatan akal dan pintar cerdas. Masalah cerdas adalah ketidakupayaan fizikal, gerak geri yang terbatas dan ianya berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan saraf yang rosak. Kanak-kanak ini terpaksa menggunakan alat bantuan khusus untuk menyokong mereka bergerak, bermain dan melekukan aktiviti.

Seterusnya kita melihat perkembangan Kognitif kanak-kanak yang berusia 3-7 tahun. Menurut Feldman perkembangan Kognitif adalah proses pemehaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman. Manakala Asmawati Desa menyatakan ianya tentang peningkatan intelek dari segi kualiti yang berlaku semasa perkembangan. Teori ini dikemukakan oleh Jean Piaget, seorang pakar Biologi dan Phsykologi kanak kanak yang juga di katakan oleh Dasen dan Heron bahawa ianya bukan teori psykologikal tetapi pandangan epistemology iaitu “Philosophy of Knowledge”.

Piaget menjelaskan bahawa kanak-kanak 2-7 tahun berada ditahap praoperasi iaitu perkembangan kognitif menjadi lebih sempurna dengan 3 kebolehan asas seperti kebolehan mental, tingkah laku yang ketara seterti mengira. Perkembangan melalui perkara rutin mereka, rangkaian tingkah laku dan dikembangkan menjadi lebih stabil seterusnya mereka akan memahami perkara umum, tingkahlakunya berdasarkan pemikiran tentang objek berdasarkan pengalaman, ingatan, imaginasi dan bayangan. Ingatan adalah proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan memori. Bayangan pula proses yang menyebabkan rasa static, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpul pada bahagian mental. Asmah Bee.

Piaget mengasingkan kepada 2 sub untuk praoperasi yang mana 2-4 tahun tahap prakonsep dan 3-7 praoperasi. Pada tahap prakonseptual, kanak-kanak belum dapat membezakan 2 dimensi atau lebih dalam masa yang sama kerana tidak dapat menyusun penerangan yang terperinci dalam minda mereka. Kecerdasan mereka kaku, tegang, tidak mampu untuk membuat kesimpulan dan mengaitkan sebuah peristiwa dengan peristiwa yang lain(sebab dan akibat).

Tahap paling penting adalah penggunaan bahasa, mereka menggunakan symbol dalam permainan seperti buku yang boleh ditolak dan dianggap sebagai kereta. Pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik ini dimana perspektif dunia hanya dipandang melalui sudut mereka sahaja. Asmawati Desa. Ini mungkin kerana mereka masih tidak mampu membezakan keperluan dan perkara yang merupakan matlamat belum lagi tiba. Mereka juga tidak tahu membezakan kuantiti bang dalam susunan apabila diubah.
Kanak-kanak harus didekati dengan cara yang betul supaya perkembangan mereka optimum dalam pelbagai keperluan apabila menempuh kehidupan. Dalam usia kanak kanak adalah  pembentukan cara mentaliti berfungsi dibentuk untuk perbuatan dan pemikiran supaya kesannya dapat meningkatkan daya seseorang.


RUJUKAN:

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh
                                                    Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.