Sunday, June 5, 2011

child n shoping complex....

hi lama xupdate blog nie...lama xjmpa internet haa...

  probably coz of cuti sem sy sibuk bekerja, mulanya saya berada di shoping mall dan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak berusia lingkungan 3 - 5 tahun yang kepenatan mengekori kehendak ibu bapa dalam membeli keperluan harian mereka.
   
kanak-kanak juga boleh menampakkan kehendak dan keinginan mereka terhadap sesuatu barang permainan mahupun pakaian dan makanan melalui tindak balas mereka dan cara mereka meronta...ops memohon di belikan barang keinginan mereka...hehe

amat menarik apabila melihat perwatakan dalam diri kanak2 yang memakukan diri mereka dengan memandang barang yg dikehendaki serta nmpk perasaan kecewa apabila tgn mereka ditarik untuk meninggalkan tempat itu....saya merasakan mereka mendapat pelajaran penting untuk hidup mereka supaya mengenal erti sabar dan menahan kemahuan diri....

itulah kanak-kanak yang dapat saya perhatikan dalam proses pembesaran yang sempurna, ianya harus diterap dengan nilai2 yang positif untuk melengkapkan akhlak, moral menjadi manusia yang dapat mengharungi kenyataan hidup mereka....

namun dapat dilihat juga mereka menaruh harapan dalam pandangan terakhir terhadap kemahuan mereka untuk mendapatkannya...ini memberikan satu petunjuk bahawa mereka tetap akan berusaha meminta supaya ianya dapat dinikmati o dirasai suatu hari kelak...dan apabila perasaan ini selalu wujud dalam diri mereka, maka tidak hairan akan lahir seorang insan yang kuat berusaha demi cita dan keinginan mereka...

namun terapan yang amat teliti perlu bagi ibu bapa mereka bagi mengajar anak-anak untuk menilai secara keseluruhan kebaikan yang diperolehi daripada kemahuan atau keputusan yang dibuat...supaya setiap usaha yang dilakukan, mengikut ketelusan hati,diri,keperluan dan bukannya nafsu supaya ianya tidak menjadi usaha yang membina niat yang tidak baik...

mmmm...saya rsa nk smbg, tp sibuk laa...
nnt ade msa ag, kite citer k...hehehe =)

Tuesday, April 12, 2011

Kanak kanak Cerebral Palcy dan Perkembangan Kanak kanak


Cerebral Palcy adalah kelumpuhan otak yang menyebabkan kecacatan atau kelemahan pengendalian otot, kelakuan, kelumpuhan dan gangguan fungsi saraf yang lainnya. Penyakit ini tidak bersifat progresif atau semakin memburuk. Mengikut statistik, Cerebral Palcy ini boleh berlaku dalam lingkungan 1,2 dalam 1000 bayi yang dilahirkan oleh Dr Dwi P Widodo SpA(K), MMed, Bahagian Neurologi, Jabatan Kesihatan Anak, FKUI-RSCM.

Cerebral Palcy merupakan gangguan kawalan fungsi otak kepada bahagian badan yang kerap berlaku pada otak yang sedang berkembang semenjak dari dalam kandungan 75%, proses kelahiran 15% dan selapas kelahiran 5%. Ianya kerana bayi yang lahir pada usia tidak matang, otak mereka belum berkembang dengan sempurna untuk mengawal fungsi keseluruhan anggota.

Terdapat 4 jenis Cerebral Palcy iaitu Spastic, Athetoid, Hypotomic dan kombinasi. Spastic akan menyebabkan pesakit kaku dan lemah, Athetoid adalah kegagalan untuk mengawal anggota seperti biasa dan menybabkan pergerakan dan kedudukan tubuh yang aneh. Hypotomic pula berupa bahagian hujung anggota akan terkulai kerana sangat lemah dan kombinasi pula terdiri dari spastic dan athetoid.

Kanak-kanak istimewa terbahagi kepada 8 kategori iaitu fizikal, pengelihatan, pendengaran, pertuturan, kerencatan akal dan pintar cerdas. Masalah cerdas adalah ketidakupayaan fizikal, gerak geri yang terbatas dan ianya berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan saraf yang rosak. Kanak-kanak ini terpaksa menggunakan alat bantuan khusus untuk menyokong mereka bergerak, bermain dan melekukan aktiviti.

Seterusnya kita melihat perkembangan Kognitif kanak-kanak yang berusia 3-7 tahun. Menurut Feldman perkembangan Kognitif adalah proses pemehaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman. Manakala Asmawati Desa menyatakan ianya tentang peningkatan intelek dari segi kualiti yang berlaku semasa perkembangan. Teori ini dikemukakan oleh Jean Piaget, seorang pakar Biologi dan Phsykologi kanak kanak yang juga di katakan oleh Dasen dan Heron bahawa ianya bukan teori psykologikal tetapi pandangan epistemology iaitu “Philosophy of Knowledge”.

Piaget menjelaskan bahawa kanak-kanak 2-7 tahun berada ditahap praoperasi iaitu perkembangan kognitif menjadi lebih sempurna dengan 3 kebolehan asas seperti kebolehan mental, tingkah laku yang ketara seterti mengira. Perkembangan melalui perkara rutin mereka, rangkaian tingkah laku dan dikembangkan menjadi lebih stabil seterusnya mereka akan memahami perkara umum, tingkahlakunya berdasarkan pemikiran tentang objek berdasarkan pengalaman, ingatan, imaginasi dan bayangan. Ingatan adalah proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan memori. Bayangan pula proses yang menyebabkan rasa static, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpul pada bahagian mental. Asmah Bee.

Piaget mengasingkan kepada 2 sub untuk praoperasi yang mana 2-4 tahun tahap prakonsep dan 3-7 praoperasi. Pada tahap prakonseptual, kanak-kanak belum dapat membezakan 2 dimensi atau lebih dalam masa yang sama kerana tidak dapat menyusun penerangan yang terperinci dalam minda mereka. Kecerdasan mereka kaku, tegang, tidak mampu untuk membuat kesimpulan dan mengaitkan sebuah peristiwa dengan peristiwa yang lain(sebab dan akibat).

Tahap paling penting adalah penggunaan bahasa, mereka menggunakan symbol dalam permainan seperti buku yang boleh ditolak dan dianggap sebagai kereta. Pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik ini dimana perspektif dunia hanya dipandang melalui sudut mereka sahaja. Asmawati Desa. Ini mungkin kerana mereka masih tidak mampu membezakan keperluan dan perkara yang merupakan matlamat belum lagi tiba. Mereka juga tidak tahu membezakan kuantiti bang dalam susunan apabila diubah.
Kanak-kanak harus didekati dengan cara yang betul supaya perkembangan mereka optimum dalam pelbagai keperluan apabila menempuh kehidupan. Dalam usia kanak kanak adalah  pembentukan cara mentaliti berfungsi dibentuk untuk perbuatan dan pemikiran supaya kesannya dapat meningkatkan daya seseorang.


RUJUKAN:

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh
                                                    Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wednesday, March 9, 2011

tengkorak..? heeeee

othello...ii

huhh pagi nie susah la nk tido...

  saya ingat nak taip dan kongsi dengan pembaca perkembangan latihan othello kami, saya mengambil watak pencerita seperti yang dikatakan dan setelah di explore dengan bantuan rakan2 dan pensyarah, akhirnya saya mendapat asas pergerakan yang menyerupai wayang kulit. Yang lainnya adalah saiz objek yang saya kawal adalah sama dengan saya. 
   
  objek dan topeng saya pula akan menyerupai tengkorak manusia, ini adalah kerana watak saya adalah rekaan kami sendiri bagi membantu menjelaskan makna yang terdapat dalam naskah othello kepada audien. dengan berupa tengkorak, ianya memberikan simbol bahawa dalam cerita ini watak yang utama seperti othello dan descemona mengakhiri cerita dengan konflik dan kematian mereka.
   
   pentas yang digunakan adalah proscenium dan pada nya kami menanda garisan supaya pergerakan kami yang berbentuk ideografi boleh diukur dengan tepat menggunakan teknologi GIS. ini adalah usaha para pensyarah bagi memperkenalkan teknologi terbaru dalam persembahan termasuk 3D dan lain-lain.
huhh.......
da ngantuk la pulak..ok next time saya akan berkongsi lagi proses yang kami jalani....insyaallah..

Friday, February 18, 2011

Othello....shakespears..

hi....
 saya nak update blog saya hari nie berdasarkan tugas yang diberi untuk melengkapkan persembahan Othello karya Wiliam Shakespears sebagai korus dan narator bagi lima bahagian acting cerita tersebut...

huhh....amatlah sukar pada mulanya bagi kami semua memikirkan konsep dan pergerakan yang sesuai kerana bahasa Inggeris yang puitis digunakan pasti menyukarkan audien untuk memahami cerita tersebut...namun dengan menggunakan pergerakan berbentuk Ideografi, ianya memudahkan kami sebagai korus untuk menggambarkan situasi dan mood yang dimaksudkan oleh pengarang....Seterusnya dengan menggunakan topeng bagi menarik minat kanak-kanak untuk menontonnya memberikan suasana yang ceria dibahagian korus disamping membantu audien memahami cerita yang disampaikan oleh pelakon.....

  Setakat nie kami masih lagi mencari mekanisme yang terbaik bagi kami yang melakukan persembahan supaya tujuan sebenar pengarang dengan bahasa yang "high level" nya dapat diterjemahkan dengan baik....itulah cabaran dan saya akan menulis lagi penemuan dan masalah yang timbul nanti....insyaallah..

Thursday, February 17, 2011

Kanak-Kanak & Permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai
apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang
dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Fungsi permainan
i. Perkembangan kognitif
-Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
ii. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
-Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

iii. Perkembangan komunikasi

Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang

lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

iv. Mengawal perkembangan emosi
-Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkanperasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu seperti berikut;
i. Sumber pengetahuanBanyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.
ii. Cara mengembangkan daya kreativiti. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjad lebih kreatif.
iii. perkembangan sosial Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
iv. Membentuk moral Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.
v. Perkembangan sahsiah Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.
vi. Memahami peranan jantina Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

*Tidak semua kanak-kanak dapat bermain semua jenis permainan. Ini bergantung kepada beberapa faktor;
-Kesihatan
-Perkembangan motor
-Status sosioekonomi
- Alat permainan
- Jumlah masa lapang
- Persekitaran
- Jantina

Peringkat-peringkat permainan Pada amnya, kategori bagi kanak-kanak bermain dibahagikan kepada tiga kategori;
Ø Bermain sendiri
· Bayi hingga 2 tahun
- Ketika ini kanak-kanak banyak menghabiskan masa sendirian. Mereka akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak, menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan berbagai cara.

Ø Bermain selari
· 2 hingga 3 tahun
- kanak-kanak mula bermain dekat dengan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain alat permainan yang sama. Mereka kelihatan lebih gembira bermain di sekeliling kanak-kanak lain.

Ø Bermain bersama
· 3 tahun keatas
- kanak-kanak mula mencari pasangan untuk bermain. Pada peringkat ini mereka mula mengalami proses sosialisai iaitu dengan cara bermain bersama-sama rakan sebaya. Bermain bersama amat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak. Pada peringkat inilah mereka mula belajr bertolak ansur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jenis-jenis permainan:

i. permainan aktif
· melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan lain-lain.
ii. Permainan pasif
· Membaca, melihat komik, menonton tv dan mendengar radio.
iii. Permainan olok-olok
· Permainan sosial yang paling popular dikalangan kanak-kanak. Permainan inin melibatkan aksi dan pertuturan menggunakan alat permainan yang sesuai seolah-olah mereka berada dalam kehidupan sebenar. Permainan ini dianggap sebagai pembentuk daya kreativiti kanak-kanak. Pada peringkat permulaan kanak-kanak bermain sendirian (solitary), kemudian mula bermain dengan kanak-kanak sebayanya. Perkembangan daripada solitary kepada peringkat sosial adalah satu cara baik untuk menguji perkembangan daya cipta kanak-kanak.
iv. Permainan perkataan
· Kebanyakan kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas suka berbual dengan orang lain. Mereka gemar bertanya apa sahaja yang mereka minat.

Kesan sampingan permainan terhadap kanak-kanak :
Ø Masa bermain yang berlebihan
Ø Ketidakseimbangan antara permainan aktif dan permainan pasif.

Biarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain bersam-sama......

Hi.....kali nie saya ingin menulis tentang permainan dalam proses pembesaran kanak-kanak....


     Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling awal dalam proses perkembangan kehidupan setiap manusia. Semasa berada di alam kanak-kanak, banyak perkara dilakukan secara berperingkat melalui perkembangan minda dan fizikal mengikut umur. Bermula dari peniruan berdasarkan pemerhatian yang merupakan kemahiran pertama yang diperoleh mereka. Mereka akan meniru setiap pelakuan orang dewasa yang rapat seperti ibu bapa dan abang kakak sendiri seterusnya melakukan perkara itu dengan cara mereka mengikut tahap perkembangan dan kebolehan.

     Setelah berkembang, kanak-kanak mula menunjukkan perbezaan sifat mengikut gender diantara umur 4 - 5 tahun. Ini dimana penemuan oleh Josephine M.Shireen Desouza dan Charline M.Czerniak dalam Jurnal mereka yang bertajuk Journal of research Childhood education yang menerangkan anak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perilaku yang Stereotaip iaitu lelaki cenderung menunjuk sifat keingintahuan, spontan dan berpengetahuan luas tentang alam (Vetebrata, Invertebrata dan Tanaman). Anak lelaki juga gemar untuk lebih agresif, kompetitif dan sedikit keganasan mahupun pertembungan. Kanak-kanak perempuan pula cenderung menunjukkan wajah yang tunduk, takut antropod namun mengambil berat tentang haiwan dan banyak masa lapang diluangkan untuk berada dikalangan kawan sebaya. Dari segi permainan pula kanak lelaki berminat pada sesuatu yang berstruktur, yang berfungsi dan pembinaan(percantuman) sperti lego, blok, kereta dan lainnya serta warna yang dominan seperti merah, biru, hitam. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar bermain dengan imaginasi, perasaan dan naluri yang tajam untuk menunjukkan sifat mereka yang sensitif contohnya seperti teka teki, buku dan rumah tangga dan warna mereka pilih adalah lembut seperti merah jambu, kuning, biru muda dan lainnya. 

    
     Mengikut skop zaman sekarang, kanak-kanak ini terpisah mengikut perkembangan teknologi. Mengikut pengalaman saya, bermain permainan video dan pendedahan internet pada usia awal lagi membantutkan proses perkembangan sosial kanak-kanak. Anak-anak akan mula diperkecilkan skop ruang kehidupan hanya dengan paparan skrin tanpa menikmati suasana pergaulan lagi. Apabila mencapai umur persekolahan ianya bagaikan mimpi ngeri dan amat janggal bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan pergaulan dan rakan yang ramai menyababkan mereka bersifat pasif. Masalah bagi kanak-kanak lelaki jenis ini amnya permainan video mereka agresif dan apabila terpengaruh, mereka mula menyakiti kawan-kawan yang lain kerana tidak tahu membezakan antara realiti dan alam permainan video mereka.


     Kanak-kanak perlu diasuh membesar dengan cara yang betul supaya sahsiah dan pergaulan mereka dapat membantu masa depan kanak-kanak itu. Percampuran dalam permainan antara anak-anak lelaki dan perempuan adalah digalakkan tetapi dengan pengawasan oleh ibu bapa sendiri bagi mewujudkan sifat mengenali antara satu dan yang lain untuk mereka membezakan kelebihan, kelemahan, dan menghormati sesama mereka untuk melengkapkan peribadi yang terbaik dalam proses pembesaran ini......

     

Wednesday, February 16, 2011

My Learning Its All About Children...



     Saya merupakan seorang bloger yang baru jea lahir, dalam proses saya dan rakan-rakan untuk mempelajari perihal tentang kanak-kanak saya mengedit blog ini untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dari anda semua...segala proses pengalaman persiapan dan persembahan untuk kanak-kanak akan dibicarakan dengan kritikal....insyallah....