Friday, February 18, 2011

Othello....shakespears..

hi....
 saya nak update blog saya hari nie berdasarkan tugas yang diberi untuk melengkapkan persembahan Othello karya Wiliam Shakespears sebagai korus dan narator bagi lima bahagian acting cerita tersebut...

huhh....amatlah sukar pada mulanya bagi kami semua memikirkan konsep dan pergerakan yang sesuai kerana bahasa Inggeris yang puitis digunakan pasti menyukarkan audien untuk memahami cerita tersebut...namun dengan menggunakan pergerakan berbentuk Ideografi, ianya memudahkan kami sebagai korus untuk menggambarkan situasi dan mood yang dimaksudkan oleh pengarang....Seterusnya dengan menggunakan topeng bagi menarik minat kanak-kanak untuk menontonnya memberikan suasana yang ceria dibahagian korus disamping membantu audien memahami cerita yang disampaikan oleh pelakon.....

  Setakat nie kami masih lagi mencari mekanisme yang terbaik bagi kami yang melakukan persembahan supaya tujuan sebenar pengarang dengan bahasa yang "high level" nya dapat diterjemahkan dengan baik....itulah cabaran dan saya akan menulis lagi penemuan dan masalah yang timbul nanti....insyaallah..

Thursday, February 17, 2011

Kanak-Kanak & Permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai
apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang
dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Fungsi permainan
i. Perkembangan kognitif
-Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
ii. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
-Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

iii. Perkembangan komunikasi

Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang

lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

iv. Mengawal perkembangan emosi
-Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkanperasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu seperti berikut;
i. Sumber pengetahuanBanyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.
ii. Cara mengembangkan daya kreativiti. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjad lebih kreatif.
iii. perkembangan sosial Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
iv. Membentuk moral Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.
v. Perkembangan sahsiah Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.
vi. Memahami peranan jantina Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

*Tidak semua kanak-kanak dapat bermain semua jenis permainan. Ini bergantung kepada beberapa faktor;
-Kesihatan
-Perkembangan motor
-Status sosioekonomi
- Alat permainan
- Jumlah masa lapang
- Persekitaran
- Jantina

Peringkat-peringkat permainan Pada amnya, kategori bagi kanak-kanak bermain dibahagikan kepada tiga kategori;
Ø Bermain sendiri
· Bayi hingga 2 tahun
- Ketika ini kanak-kanak banyak menghabiskan masa sendirian. Mereka akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak, menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan berbagai cara.

Ø Bermain selari
· 2 hingga 3 tahun
- kanak-kanak mula bermain dekat dengan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain alat permainan yang sama. Mereka kelihatan lebih gembira bermain di sekeliling kanak-kanak lain.

Ø Bermain bersama
· 3 tahun keatas
- kanak-kanak mula mencari pasangan untuk bermain. Pada peringkat ini mereka mula mengalami proses sosialisai iaitu dengan cara bermain bersama-sama rakan sebaya. Bermain bersama amat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak. Pada peringkat inilah mereka mula belajr bertolak ansur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jenis-jenis permainan:

i. permainan aktif
· melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan lain-lain.
ii. Permainan pasif
· Membaca, melihat komik, menonton tv dan mendengar radio.
iii. Permainan olok-olok
· Permainan sosial yang paling popular dikalangan kanak-kanak. Permainan inin melibatkan aksi dan pertuturan menggunakan alat permainan yang sesuai seolah-olah mereka berada dalam kehidupan sebenar. Permainan ini dianggap sebagai pembentuk daya kreativiti kanak-kanak. Pada peringkat permulaan kanak-kanak bermain sendirian (solitary), kemudian mula bermain dengan kanak-kanak sebayanya. Perkembangan daripada solitary kepada peringkat sosial adalah satu cara baik untuk menguji perkembangan daya cipta kanak-kanak.
iv. Permainan perkataan
· Kebanyakan kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas suka berbual dengan orang lain. Mereka gemar bertanya apa sahaja yang mereka minat.

Kesan sampingan permainan terhadap kanak-kanak :
Ø Masa bermain yang berlebihan
Ø Ketidakseimbangan antara permainan aktif dan permainan pasif.

Biarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain bersam-sama......

Hi.....kali nie saya ingin menulis tentang permainan dalam proses pembesaran kanak-kanak....


     Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling awal dalam proses perkembangan kehidupan setiap manusia. Semasa berada di alam kanak-kanak, banyak perkara dilakukan secara berperingkat melalui perkembangan minda dan fizikal mengikut umur. Bermula dari peniruan berdasarkan pemerhatian yang merupakan kemahiran pertama yang diperoleh mereka. Mereka akan meniru setiap pelakuan orang dewasa yang rapat seperti ibu bapa dan abang kakak sendiri seterusnya melakukan perkara itu dengan cara mereka mengikut tahap perkembangan dan kebolehan.

     Setelah berkembang, kanak-kanak mula menunjukkan perbezaan sifat mengikut gender diantara umur 4 - 5 tahun. Ini dimana penemuan oleh Josephine M.Shireen Desouza dan Charline M.Czerniak dalam Jurnal mereka yang bertajuk Journal of research Childhood education yang menerangkan anak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perilaku yang Stereotaip iaitu lelaki cenderung menunjuk sifat keingintahuan, spontan dan berpengetahuan luas tentang alam (Vetebrata, Invertebrata dan Tanaman). Anak lelaki juga gemar untuk lebih agresif, kompetitif dan sedikit keganasan mahupun pertembungan. Kanak-kanak perempuan pula cenderung menunjukkan wajah yang tunduk, takut antropod namun mengambil berat tentang haiwan dan banyak masa lapang diluangkan untuk berada dikalangan kawan sebaya. Dari segi permainan pula kanak lelaki berminat pada sesuatu yang berstruktur, yang berfungsi dan pembinaan(percantuman) sperti lego, blok, kereta dan lainnya serta warna yang dominan seperti merah, biru, hitam. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar bermain dengan imaginasi, perasaan dan naluri yang tajam untuk menunjukkan sifat mereka yang sensitif contohnya seperti teka teki, buku dan rumah tangga dan warna mereka pilih adalah lembut seperti merah jambu, kuning, biru muda dan lainnya. 

    
     Mengikut skop zaman sekarang, kanak-kanak ini terpisah mengikut perkembangan teknologi. Mengikut pengalaman saya, bermain permainan video dan pendedahan internet pada usia awal lagi membantutkan proses perkembangan sosial kanak-kanak. Anak-anak akan mula diperkecilkan skop ruang kehidupan hanya dengan paparan skrin tanpa menikmati suasana pergaulan lagi. Apabila mencapai umur persekolahan ianya bagaikan mimpi ngeri dan amat janggal bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan pergaulan dan rakan yang ramai menyababkan mereka bersifat pasif. Masalah bagi kanak-kanak lelaki jenis ini amnya permainan video mereka agresif dan apabila terpengaruh, mereka mula menyakiti kawan-kawan yang lain kerana tidak tahu membezakan antara realiti dan alam permainan video mereka.


     Kanak-kanak perlu diasuh membesar dengan cara yang betul supaya sahsiah dan pergaulan mereka dapat membantu masa depan kanak-kanak itu. Percampuran dalam permainan antara anak-anak lelaki dan perempuan adalah digalakkan tetapi dengan pengawasan oleh ibu bapa sendiri bagi mewujudkan sifat mengenali antara satu dan yang lain untuk mereka membezakan kelebihan, kelemahan, dan menghormati sesama mereka untuk melengkapkan peribadi yang terbaik dalam proses pembesaran ini......

     

Wednesday, February 16, 2011

My Learning Its All About Children...



     Saya merupakan seorang bloger yang baru jea lahir, dalam proses saya dan rakan-rakan untuk mempelajari perihal tentang kanak-kanak saya mengedit blog ini untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dari anda semua...segala proses pengalaman persiapan dan persembahan untuk kanak-kanak akan dibicarakan dengan kritikal....insyallah....