Thursday, February 17, 2011

Kanak-Kanak & Permainan

Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai
apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang
dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Fungsi permainan
i. Perkembangan kognitif
-Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
ii. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
-Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbang tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

iii. Perkembangan komunikasi

Kanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang

lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

iv. Mengawal perkembangan emosi
-Dengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkanperasaan kecewa atau marah. Disamping itu bermain juga dapat memenuhi tujuan-tujuan tertentu seperti berikut;
i. Sumber pengetahuanBanyak pengetahuan diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.
ii. Cara mengembangkan daya kreativiti. Bermain boleh merangsang kanak-kanak untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini kanak-kanak akan menjad lebih kreatif.
iii. perkembangan sosial Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
iv. Membentuk moral Semasa bermain kanak-kanak belajar apa yang benar dan salah pada tanggapan rakan-rakan. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.
v. Perkembangan sahsiah Melalui perhubungan dengan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar berdikari, bekerjasama, sifat jujur dan saling maaf memaafkan.
vi. Memahami peranan jantina Kanak-kanak dapat membezakan jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

*Tidak semua kanak-kanak dapat bermain semua jenis permainan. Ini bergantung kepada beberapa faktor;
-Kesihatan
-Perkembangan motor
-Status sosioekonomi
- Alat permainan
- Jumlah masa lapang
- Persekitaran
- Jantina

Peringkat-peringkat permainan Pada amnya, kategori bagi kanak-kanak bermain dibahagikan kepada tiga kategori;
Ø Bermain sendiri
· Bayi hingga 2 tahun
- Ketika ini kanak-kanak banyak menghabiskan masa sendirian. Mereka akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak, menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan berbagai cara.

Ø Bermain selari
· 2 hingga 3 tahun
- kanak-kanak mula bermain dekat dengan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, mereka tidak bermain alat permainan yang sama. Mereka kelihatan lebih gembira bermain di sekeliling kanak-kanak lain.

Ø Bermain bersama
· 3 tahun keatas
- kanak-kanak mula mencari pasangan untuk bermain. Pada peringkat ini mereka mula mengalami proses sosialisai iaitu dengan cara bermain bersama-sama rakan sebaya. Bermain bersama amat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak. Pada peringkat inilah mereka mula belajr bertolak ansur dan berinteraksi dengan orang lain.

Jenis-jenis permainan:

i. permainan aktif
· melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan lain-lain.
ii. Permainan pasif
· Membaca, melihat komik, menonton tv dan mendengar radio.
iii. Permainan olok-olok
· Permainan sosial yang paling popular dikalangan kanak-kanak. Permainan inin melibatkan aksi dan pertuturan menggunakan alat permainan yang sesuai seolah-olah mereka berada dalam kehidupan sebenar. Permainan ini dianggap sebagai pembentuk daya kreativiti kanak-kanak. Pada peringkat permulaan kanak-kanak bermain sendirian (solitary), kemudian mula bermain dengan kanak-kanak sebayanya. Perkembangan daripada solitary kepada peringkat sosial adalah satu cara baik untuk menguji perkembangan daya cipta kanak-kanak.
iv. Permainan perkataan
· Kebanyakan kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas suka berbual dengan orang lain. Mereka gemar bertanya apa sahaja yang mereka minat.

Kesan sampingan permainan terhadap kanak-kanak :
Ø Masa bermain yang berlebihan
Ø Ketidakseimbangan antara permainan aktif dan permainan pasif.

No comments:

Post a Comment