Thursday, February 17, 2011

Biarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain bersam-sama......

Hi.....kali nie saya ingin menulis tentang permainan dalam proses pembesaran kanak-kanak....


     Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling awal dalam proses perkembangan kehidupan setiap manusia. Semasa berada di alam kanak-kanak, banyak perkara dilakukan secara berperingkat melalui perkembangan minda dan fizikal mengikut umur. Bermula dari peniruan berdasarkan pemerhatian yang merupakan kemahiran pertama yang diperoleh mereka. Mereka akan meniru setiap pelakuan orang dewasa yang rapat seperti ibu bapa dan abang kakak sendiri seterusnya melakukan perkara itu dengan cara mereka mengikut tahap perkembangan dan kebolehan.

     Setelah berkembang, kanak-kanak mula menunjukkan perbezaan sifat mengikut gender diantara umur 4 - 5 tahun. Ini dimana penemuan oleh Josephine M.Shireen Desouza dan Charline M.Czerniak dalam Jurnal mereka yang bertajuk Journal of research Childhood education yang menerangkan anak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perilaku yang Stereotaip iaitu lelaki cenderung menunjuk sifat keingintahuan, spontan dan berpengetahuan luas tentang alam (Vetebrata, Invertebrata dan Tanaman). Anak lelaki juga gemar untuk lebih agresif, kompetitif dan sedikit keganasan mahupun pertembungan. Kanak-kanak perempuan pula cenderung menunjukkan wajah yang tunduk, takut antropod namun mengambil berat tentang haiwan dan banyak masa lapang diluangkan untuk berada dikalangan kawan sebaya. Dari segi permainan pula kanak lelaki berminat pada sesuatu yang berstruktur, yang berfungsi dan pembinaan(percantuman) sperti lego, blok, kereta dan lainnya serta warna yang dominan seperti merah, biru, hitam. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar bermain dengan imaginasi, perasaan dan naluri yang tajam untuk menunjukkan sifat mereka yang sensitif contohnya seperti teka teki, buku dan rumah tangga dan warna mereka pilih adalah lembut seperti merah jambu, kuning, biru muda dan lainnya. 

    
     Mengikut skop zaman sekarang, kanak-kanak ini terpisah mengikut perkembangan teknologi. Mengikut pengalaman saya, bermain permainan video dan pendedahan internet pada usia awal lagi membantutkan proses perkembangan sosial kanak-kanak. Anak-anak akan mula diperkecilkan skop ruang kehidupan hanya dengan paparan skrin tanpa menikmati suasana pergaulan lagi. Apabila mencapai umur persekolahan ianya bagaikan mimpi ngeri dan amat janggal bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan pergaulan dan rakan yang ramai menyababkan mereka bersifat pasif. Masalah bagi kanak-kanak lelaki jenis ini amnya permainan video mereka agresif dan apabila terpengaruh, mereka mula menyakiti kawan-kawan yang lain kerana tidak tahu membezakan antara realiti dan alam permainan video mereka.


     Kanak-kanak perlu diasuh membesar dengan cara yang betul supaya sahsiah dan pergaulan mereka dapat membantu masa depan kanak-kanak itu. Percampuran dalam permainan antara anak-anak lelaki dan perempuan adalah digalakkan tetapi dengan pengawasan oleh ibu bapa sendiri bagi mewujudkan sifat mengenali antara satu dan yang lain untuk mereka membezakan kelebihan, kelemahan, dan menghormati sesama mereka untuk melengkapkan peribadi yang terbaik dalam proses pembesaran ini......

     

No comments:

Post a Comment