Friday, June 15, 2012

Biarkan berlalu....

Lamanya tak update....

tak tahu nak mula macam mana cuz memang segalanya bukan kita tetapkan, ia hanya ada sekeping yang berlapis dengan pelbagai rasa. Suka duka keriangan dan kepuraan sememangnya bagi menguatkan lagi ketahanan.

setiap masa dan hari berlalu dengan semakin memberikan pelajaran jika kita memerhati, ahh memang berat bahu yang memikul..Harap ada yang faham dengan situasi, datang dan pergi sememangnya lumrah kerana dunia manusia adalah segalanya mungkin kerana yang tetap adalah yang Maha Esa.

bermula dengan kepayahan dan serba yang kurang, menggagahkan harapan yang sudah tiada. Tapi pengalaman dan cara berfikir yang terubah memberikan jalan yang lebih mudah dan pertimbangan yang sudah berat sangat pada yang dianggap pengubah.

Hati ini, hanya Dia yang berkuasa untuk membolak balikkan rasa, sabar dan bersyukur cuba dikenali dan dugaannya sememangnya hikmah jika sedar. Jika penulisan yang menggembirakan menjadi cara, so tulis lah sebanyak perkataan pun. Semua mempunyai kelebihan tetapi kekurangan, tak semua akan terima dan menutup mata demi kebaikan dalamnya.

Tiada kata yang lurus lagi kerana kepayahan dan sakit yang menjadi guru. Jika rasa makna ia ada jika tidak, jangan menilai pada ruang yang kabur kerana hidup ini sudah banyak, amat banyak perlukan perhitungan dan keadilan.

Terima kasih segala kebaikan, segala kekurangan jadikan sempadan dan carikan panduan yang membuka pandangan, tak kira dimana dan sesiapa kerana ia tidak akan begitu jika tiada keizinan. Alhamdulillah, pelajaran semester ini amat lah benar.

Jika abstractnya tulisan ini, begitulah abstractnya hati yang lara.......semoga selamat kembali padanya.

No comments:

Post a Comment